Seorang pakar sejarah dan undang-undang dari Universiti Northwestern Chicago, Dr Kristin Stilt dalam kajiannya mengenai haiwan dan islam mengakui sistem kebajikan haiwan dalam islam sebagai satu model yang amat sesuai bagi setiap manusia .Dr. Ritcher Foltz, seorang sarjana dari Universiti Concordia , Canada yang banyak menyelidik tentang haiwan dan agama juga melihat perlindungan yang diberi oleh islam kepada haiwan adalah lebih baik berbanding agama lain dan sistem barat. Kedudukan haiwan dalam islam memang telah sedia termaktub dalam Al-Quran dan sunnah. Walaupun haiwan tidak diberikan kedudukan setaraf manusia dari segi akal fikiran ,kedudukan mereka di sudut kehambaan adalah sama seperti manusia.Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Dan tidak seekor binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan mereka umat-umat seperti kamu (al-An'am :38). Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia . Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia , firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.Ini dizahirkan dengan enam daripada 114 surah dalam al-Quran yang dinamakan sempena nama-nama haiwan seperti surah al-Baqarah(lembu),al-An'am(haiwan ternakan) , al-Nahl(lebah) , al-Naml(semut) , al-Ankabut(labah-labah) dan al-Fill(gajah). Ayat-ayat al-Quran juga secara umum dan spesifik menyebut haiwan-haiwan lain seperti unta, kuda , keldai, biri-biri, monyet , anjing , khinzir, ular, nyamuk, lalat, burung hud-hud , gagak dan banyak lagi. Hadis-hadis Rasulullah juga kerap kali menceritakan tentang haiwan terutamanya tanggungjawab manusia terhadap haiwan. Sebelum kedatangan islam , haiwan digunakann sebagai alat dalam pemujaan dan sishir oleh sebilangan besar masyarakat jahiliah. Penyembelihan dilakukan atas nama berhala. Haiwan seperti unta ,kuda dan lebah dianggap sebagai pembawa berkat dalam kehidupan mereka. Anjing dan kucing pula dikaitkan dengan kejahatan . Ia seterusnya maembawa pengaruh yang besar dalam masyarakat Arab sehingga beberapa suku kaum dinamakan sempena nama haiwan seperti Quraish(jerung), Kalb(anjing,dan Asad(singa). Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah mengubah amalan songsang masyarakat jahiliah . Penyembelihan atas nama berhala digantikan dengan nama Allah . Islam menolak kepercayaan masyarakat jahiliah yang mengaitkan haiwan dengan perkara-perkara tertentu seperti keberkatan dan kejahatan serta menggolongkan mereka di kalangan yang dusta kepada Allah (al-Maidah;103). Haiwan disifatkan sebagai hamba yang sentiasa patuh kepada suruhan Allah. Lihatlah firman Allah kepada Allah yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok dan dari apa yang mereka dirikan (al-Nahl :68) . Kepatuhan lebah kepada Allah dapat dilihat sehingga sekarang dan kebanyakan sarang-sarang mereka didirikan di atas pokok ,dalam hutan dan tempat penternakan lebah yang disediakan oleh manusia. Allah juga bekuasa menjadikan haiwan dan manusia memahami antara satu sama lain. Inilah antara mukjizat yang diberikan kepada nabi Allah Sulaiman yang dapat memahami bahasa haiwan . Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran apabila Nabi Sulaiman mengarahkan tentera baginda berhenti sewaktu mendengar suara seekor semut yang memberikan amaran kepada rakan-rakannya supaya segera masuk ke sarang mereka daripada dipijak oleh tentera baginda (al-Naml:18). Haiwan juga disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang taat dan sentiasa bertasbih kepada Allah . Hanya kita manusia yang tidak memahami tasbih mereka(al-Israk:44). Makhluk Allah ini juga sentiasa taat mengerjakan ibadah dan memuji kebesaran Allah dan Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka lakukan(al-Nur:41).
[ From : Encik Arif Fahmi Md. Yusof ,Pensyarah USIM ]
Sebab itulah kite kene sentiasa mengasihi haiwan2..wktu kecik2 dulu asyik dok tanye,,dosa tak klu kite tepuk nyamuk..my sis jawab ap tau die bukan haiwan tapi serangga so tak kisahlah kite bunuh die.biasalah jawapan budak2 kecik..haha..kelakar lak..bile dah belajar sampai beasar bru sy tau klu binatang yang boleh memudaratkan tak salah klu kite matikan die..contohnya haiwan yang boleh bg kesan teruk kepada populasi ke,,macam ayat bio lak..hehe..
once i have pet,,rindu sgt ngn die,,cimon a.k.a kucing siam..i've to let him go..omaigod..sebab adik sakit tenat,,sbbnye kucing ni ad hama..so baby akan jd sensitif..sy owez ingat awak cimon..klu kat akhirat nnti kite jumpa jangan lupa tegur saya ye..i love u so much..this is my favourite pet,,tatau nape suke sgt ngn kucin n rabbbit..gebu..hehe=)
cimon dulu putih camni tau sampai anak-anak die pown comei cam ibu die..hehe
time g i-city jumpe arnab comei..hee~
No comments:
Post a Comment